Pn.Nora adalah seorang warga Malaysia & merupakan bekas kakitangan kerajaan yang pernah bertugas di salah satu Pejabat Agama kerajaan & juga berpengalaman dalam urusan NCR Malaysia/Thailand lebih 20 tahun. Sekarang beliau berkhidmat sebagai sukarelawan sepenuh masa bagi membantu pasangan dalam urusan nikah kahwin di Seluruh Majlis Agama Islam Selatan Thailand termasuk Songkhla, Satun, Yala, Pattani & Narathiwat.
Beliau sentiasa menjalankan tugasan & amanah dalam urusan yang berkaitan nikah kahwin Thailand secara SAH & diiktiraf oleh JAKIM. Matlamat Utama kami adalah untuk membantu pasangan yang mempunyai masalah Wali Enggan,wali hilang, berkahwin dengan warga asing, berpoligami, anak tidak sah taraf, masalah dokumen nikah ibu bapa dan lain-lain untuk membina rumah tangga secara sah & diredhai oleh Allah SWT serta mengelakan berlakunya Maksiat yang semakin serius pada abad ini.
Selain itu, kami juga menguruskan urusan nikah Thailand di kedua-dua sempadan iaitu di sebelah utara & pantai timur serta menyediakan perkhidmatan guaman untuk pendaftaran di Malaysia.
Bagi pasangan lelaki atau perempuan yang berumur bawah dari 18 tahun, mesti hadir bersama ayah atau ibu bagi mendapatkan pengesahan dokumen di Pejabat Konsul Malaysia.
Anak tidak dapat dibinkan kepada bapa sekiranya rukun nikah tak sah
Isteri tak dapat nak failkan apa-apa tuntutan di Mahkamah Syariah.
Kerana masalah nikah tidak sah & tidak berdaftar, anak tidak mempunyai kad pengenalan
Ada kes perkahwinan terpaksa difaraqkan
Suami, Isteri Dan Wali boleh dikenakan penalti sekiranya tidak mendaftar secara sah nikah di luar negara.
Anak tidak dapat dibinkan kepada bapa sekiranya rukun nikah tak sah
Isteri tak dapat nak failkan apa-apa tuntutan di Mahkamah Syariah.
Kerana masalah nikah tidak sah & tidak berdaftar, anak tidak mempunyai kad pengenalan
Ada kes perkahwinan terpaksa difaraqkan
Suami, Isteri Dan Wali boleh dikenakan penalti sekiranya tidak mendaftar secara sah nikah di luar negara.
Pentingnya mendapatkan khidmat syarikat yang betul. Pertama, nikah sindiket adalah pernikahan tanpa mengikut undang-undang. Nikah sempadan adalah perkahwinan lintas negara, misalnya warganegara Malaysia menikah di Thailand.
1. Perundangan Keluarga Islam di Malaysia menghendaki setiap perkahwinan perlu didaftarkan.
2. Jadi ini bermakna suatu perkahwinan yang tidak berdaftar bukanlah menyebabkan perkahwinan tersebut tidak sah.
3. Selain itu, ni juga bermakna jika suatu perkahwinan itu dibuat di sempadan atau melalui sindiket bukanlah boleh menyebabkan perkahwinan tersebut tidak sah.
4. Perkahwinan yang tidak sah hukumnya adalah apabila perkahwinan dilangsungkan tidak memenuhi rukun dan syarat-syarat perkahwinan. Antara contoh rukun perkahwinan ialah wali, pengantin lelaki, pengantin perempuan, akad & saksi.
5. Contohnya, pernikahan yang melibatkan pemalsuan wali, seperti menggunakan wali palsu atau wali yang sudah tamat tempoh lantikannya secara sah oleh kerajaan. Ini tidak mengikut rukun perkahwinan & menyebabkan perkahwinan tersebut tidak sah.
6. Bagi mereka yang terlibat dalam nikah sindiket atau nikah sempadan, proses pendaftaran perkahwinan memerlukan pengesahan nikah. Tujuannya adalah untuk memastikan pematuhan terhadap rukun nikah semasa upacara perkahwinan.
7. Proses ini melibatkan penyiasatan ringkas di mana anda perlu mengemukakan dokumen seperti surat nikah, surat konsulat, foto perkahwinan, passport atau pass sempadan dan bukti bukti yang lain.
8. Anda juga akan diarahkan menjawab beberapa soalan mudah berkaitan perjalanan, lokasi perkahwinan, nama wali, dan lain-lain. Penyiasatan ini bertujuan untuk memastikan kesahihan rukun perkahwinan.
+60 12-544 2023
+60 12-544 2023
admin@daftarnikahthailand.com